Followers

Tuesday, November 30, 2010

iLuvislam.com Menduduki Tangga Ke-3 Di Malaysia

Alhamdulillah, infiniti kesyukuran kami panjatkan kepada Allah SWT kerana iluvislam.com telah disenaraikan dalam '50 Most Popular Facebook Pages in Malaysia' oleh GreyReview (Grey Insights Sdn Bhd). Kini iluvislam.com di belakang Upin & Ipin serta Air Asia.

Bilangan jumlah 'likes' iluvislam.com telah pun melebihi 500,000 hari ini (11/11/2010).

Tidak sangka juga iluvislam.com mampu mendahului TV3, Harian Metro dan media lain yang lebih hebat. Syukur alhamdulillah.

alt

Kedudukan dan bilangan bukanlah untuk dibanggakan. Tetapi kami melihat ia sebagai satu dorongan atau momentum untuk kami (saya dan sahabat-sahabat krew iluvislam.com) agar terus berusaha dengan lebih gigih, kreatif dan tabah.

Pencapaian ini pastinya tidak mampu dicapai tanpa sokongan anda semua. Oleh itu, di kesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan sokongan kalian. Hanya Allah SWT mampu membalasnya.

Cita-cita kami jelas; 'To be the world's leading islamic media of choice' dan kami sedang berusaha sehabis baik ke arah itu. Kami percaya bahawa media merupakan salah satu bidang yang sangat penting dalam mempengaruhi dan membentuk persepsi masyarakat terhadap Islam.

Kami yakin dengan apa yang ditulis oleh Stephen R. Covey dalam bukunya 'The 7 Habits of Highly Effective People' - 'If we want to change a situation, we 1st have to change ourselves. If we want to change ourselves effectively, we 1st have to change our perceptions.'

Melalui iluvislam.com, kami harap kami mampu (sedikit sebanyak) mengubah persepsi masyarakat daripada melihat Islam sebagai sesuatu yang membebankan kepada sesuatu yang mendamaikan dan menyelesaikan masalah.

Selain itu, apa yang kami ingin sampaikan adalah bahawa Islam itu indah dan perlu diamalkan dalam segenap kehidupan kita.

Kami menyahut seruan Prof. Dr. Yusuf Qardhawi di dalam kitab 'Fiqhul Jihad' - menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama.

InsyaAllah kami akan lakukan yang terbaik untuk terus mengejar cita-cita kami dan meneruskan jihad kami.

Mohon doa dan sokongan dari sahabat-sahabat semua. Jangan segan silu menegur kami andai ada kekurangan dan kesalahan yang kami lakukan. Sahabat semua boleh memberikan 'feedback' melalui email di admin[at]iluvislam[dot]com atau hubungi kami di 03-42516702 (waktu pejabat).

'Keep your dreams alive. Understand to achieve anything requires faith and belief in yourself, vision, hard work, determination, and dedication. Remember all things are possible for those who believe.' - Gail Devers.

Alhamdulillah.

'Luv Everybody. Hate Nobody.'
Mohd Nurul Imran Koyube
Presiden iluvislam.com

- Artikel iluvislam.com


2 comments:

Pencari Qurratuaini said...

salam

boleh kunjung ke sini untuk dua lagi portal agama.

http://myqurratuaini.blogspot.com/2010/11/portal-agama.html

mungkin dah pernah join..apa pun salam ukhwah

sashaTau said...

okeyh tq ea ^_^

Post a Comment

just for you

sweet loving